Program Intensif Tahunan UPKK

UPKK
Powerboost

Program persediaan UPKK tahunan yang membantu pelajar memahami topik, yakin menjawab dan bersedia menghadapi peperiksaan melalui teknik DRILL yang tersusun.

Terengganu · 2026

26 & 27 Jun 2026

Auditorium 102, Universiti Malaysia Terengganu

AktifStatus 6 Subjek DRILL Fokus

Tentang Program

Persediaan UPKK yang lebih tersusun, fokus dan bertenaga.

UPKK Powerboost ialah program tahunan yang dilaksanakan di pelbagai negeri. Setiap siri dibina dalam format intensif bersama tenaga pengajar, bahan latihan berfokus dan pendekatan DRILL.

Website ini menyusun setiap siri mengikut negeri dan tahun supaya ibu bapa, peserta dan pihak berkepentingan boleh melihat maklumat serta dokumentasi program dengan mudah.

01

Teknik Drill

Latihan padat dan berulang untuk membantu pelajar menguasai topik utama.

02

Fokus Peperiksaan

Persediaan terarah kepada kefahaman, keyakinan dan teknik menjawab.

03

Pelbagai Negeri

Setiap siri mempunyai halaman program dan galeri dokumentasi tersendiri.

Siri Tahunan

Siri Program

Setiap program diurus melalui panel admin dan dipaparkan secara automatik berdasarkan status penerbitan.

Struktur Program

Modul dua hari yang padat, jelas dan mesra pelajar.

Hari 01

Ujian Diagnostik & Pengukuhan Asas

Kenal pasti kelemahan pelajar, ulang topik kritikal dan bina asas menjawab.

Hari 01

Sesi Drill Subjek

Sesi latih tubi bagi Jawi, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Al-Quran.

Hari 02

Teknik Menjawab & Simulasi

Latihan berasaskan format peperiksaan, semakan jawapan dan pengurusan masa.

Hari 02

Motivasi Skor & Penutup

Keyakinan akhir, sasaran pencapaian dan panduan ulang kaji di rumah.

Sorotan Tempat

Universiti Malaysia Terengganu

Auditorium 102, Universiti Malaysia Terengganu menjadi lokasi pelaksanaan siri pertama UPKK Powerboost.

UMT

Daftar Minat Anda

Bersedia untuk siri UPKK Powerboost seterusnya?

Hubungi pihak pengurusan untuk maklumat pendaftaran, kolaborasi atau pelaksanaan di negeri anda.